
Artikel
Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Rasmi Di Daerah Kapit Dan Song
Kapit, 19 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sem...
Kapit, 19 November 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempena lawatan kerja rasmi MDN ke Daerah Kapit dan Song, hari ini.
Turut mengiringi MDN dalam siri lawatan kerja ini ialah Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Timbalan KSU (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri Mat Zain dan Timbalan KSU (Pengurusan), Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar.
Datuk Seri Saifuddin memulakan lawatan kerja beliau dengan membuat tinjauan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit untuk melihat cadangan projek IPD baharu dan kuarters yang akan dijalankan dalam usaha memberi keselesaan kepada anggota yang bertugas.
Seusai itu, lawatan kerja diteruskan ke Rumah Rantai, Kapit serta Rumah Garing, Song bagi sesi penyerahan dokumen pengenalan diri kepada penduduk tempatan sebelum meneruskan sesi lawatan di kaunter operasi Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan dalam menangani isu rakyat tanpa dokumen pengenalan diri di negeri tersebut.
Beliau mengakhiri lawatan kerja rasminya hari ini dengan berkunjung ke IPD Song,untuk melihat keadaan Balai Song selain beramah mesra dengan warga kerjanya.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Mancha Ata, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KDN, Ketua Polis Daerah (KPD) Kapit, DSP Rohana Nanu, KPD Song, DSP Rowney Michael Jalak serta para pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.




