Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Anggota Polis Cedera Dirempuh Pemandu Positif Dadah

Published: 10 Feb 2023 8.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tumpat, 10 Februari 2023 - Seorang anggota polis cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah dan air ketum ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Kutan, Wakaf Bharu di sini, malam kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-anggota-polis-cedera-dirempuh-pemandu-positif-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
Tumpat, 10 Februari 2023 - Seorang anggota polis cedera selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah dan air ketum ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Kampung Kutan, Wakaf Bharu di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, ACP Amran Dolah, berkata dalam kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan anggota yang berpangkat konstabel mengalami kecederaan selepas tercampak akibat rempuhan itu.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang membuat pemeriksaan sebuah kereta di sekatan jalan raya itu, Proton Wira yang dipandu suspek berada di belakang dipecut secara tiba-tiba.

"Mangsa yang sedang membuat pemeriksaan kenderaan dilanggar dan tercampak ke seberang jalan.

"Anggota yang bertugas di Balai Polis Wakaf Bharu itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk rawatan lanjut dan mengalami luka di dahi kanan serta melecet di lengan dan tapak tangan kanan," katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../anggota-polis-cedera...

ArticlePublished 10 Feb 2023 8.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM