Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipd Sandakan

Diterbitkan: 10 Feb 2023 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sandakan, 10 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan beliau di kontinjen Sabah dengan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-ipd-sandakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT
Sandakan, 10 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan beliau di kontinjen Sabah dengan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, semalam.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek bersama Timbalannya, Superintendan Mohd Hamizi Halim.

Lawatan kerja ini antara lain bagi menyampaikan amanat beliau kepada ketua-ketua bahagian, cawangan, para pegawai dan anggota polis serta pegawai awam IPD berkenaan.

Dalam lawatan tersebut Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada 10 orang pesara polis yang turut disertai oleh isterinya Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua orang pesara uzur di kediaman mereka di Taman Pertama, Batu 5 dan Kampung Sungai Kayu, Batu 7.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 14 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 13 people, people standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2023 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM