Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 409 Anggota Pegawai Utk Pdrm Terima Elaun Khas Bermula Februari Mdn

Published: 13 Apr 2023 1.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-409-anggota-pegawai-utk-pdrm-terima-elaun-khas-bermula-februari-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:30 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).

“Untuk elaun ini, UTK merupakan satu unit elit iaitu mereka bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.

“Jadi JPA telah membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini untuk diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Februari tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam yang turut dihadiri Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2181328

Sumber: BERNAMA

409 ANGGOTA, PEGAWAI UTK PDRM TERIMA ELAUN KHAS BERMULA FEBRUARI - SAIFUDDIN
ArticlePublished 13 Apr 2023 1.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM