Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 25 Individu Ditahan Disyaki Terbabit Sindiket Penipuan Sijil Vaksin Palsu Pengarah Jsjk

Published: 10 Feb 2022 8.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, berkata sembilan kes penipuan itu direkodkan setakat ini dan majoriti kertas siasatan kes sudah lengkap untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-25-individu-ditahan-disyaki-terbabit-sindiket-penipuan-sijil-vaksin-palsu-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:20 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2022 - Polis menahan 25 individu di seluruh negara, setakat hari ini, berkaitan penipuan penjualan sijil vaksin palsu.

Penahanan itu membabitkan tiga doktor, tiga jururawat, 11 orang awam, tujuh ejen dan seorang kakitangan klinik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, berkata sembilan kes penipuan itu direkodkan setakat ini dan majoriti kertas siasatan kes sudah lengkap untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan selanjutnya.

"Baki kertas siasatan akan diselesaikan dalam masa terdekat. Mengikut rekod, kes jual sijil vaksin palsu terbaru dikesan di Kinarut, Sabah.

"Kami menerima laporan daripada seorang kakitangan klinik pada 4 Februari lalu yang memaklumkan seorang doktor dikatakan menjual sijil berkenaan.

"Saspek berusia 37 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Februari lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../25-individu-ditahan...
ArticlePublished 10 Feb 2022 8.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM