Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Scam Alert Sindiket Godam Akaun Bank Guna Kit Pakej Android Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 10 Feb 2022 8.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tiga laporan di Johor, manakala masing-masing satu di Pulau Pinang dan Sabah diterima sejak dua minggu lalu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-scam-alert-sindiket-godam-akaun-bank-guna-kit-pakej-android-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2022 - Polis menerima lima laporan berhubung sindiket penipuan menggunakan modus operandi baharu dengan menggodam akaun bank menerusi fail Kit Pakej Android (APK) membabitkan kerugian RM58,844.00.

Tiga laporan di Johor, manakala masing-masing satu di Pulau Pinang dan Sabah diterima sejak dua minggu lalu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din, berkata siasatan mendapati sindiket itu menggunakan Facebook untuk mengiklankan penjualan barang dan perkhidmatan saluran televisyen.

Tawaran iklan akan sentiasa diubah suai sindiket bagi menjerat lebih ramai mangsa.

"Mangsa berminat dengan tawaran itu kemudian akan menghubungi sindiket melalui WhatsApp. Setelah bersetuju dengan tawaran dibuat, mangsa akan diberi pautan fail APK dan diarah memuat turun aplikasi itu di telefon pintar.

"Setelah dimuat turun, aplikasi itu akan menggantikan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sedia ada. Mangsa akan diarahkan untuk mendaftar sebelum diberikan akses bagi menggunakan aplikasi itu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../sindiket-godam-akaun-bank...

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person

ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2022 8.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM