Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Hctm Bakal Wujudkan Wad Pdrm Dijangka Siap 2023

Diterbitkan: 10 Feb 2022 12.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Naib Canselornya, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman berkata idea mewujudkan Wad PDRM @ HCTM adalah hasil daripada pertemuan antara Pengurusan Tertinggi UKM dengan PDRM pada tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-hctm-bakal-wujudkan-wad-pdrm-dijangka-siap-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:07 MYT
Kuala Lumpur, 10 Februari 2022 - Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mewujudkan Wad Polis Diraja Malaysia di HCTM (PDRM @ HCTM) dalam masa terdekat.

Naib Canselornya, Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman berkata idea mewujudkan Wad PDRM @ HCTM adalah hasil daripada pertemuan antara Pengurusan Tertinggi UKM dengan PDRM pada tahun lalu.

“PDRM merupakan antara anggota keselamatan utama negara yang berhadapan dengan risiko yang tinggi. Justeru itu, UKM tampil menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada PDRM dengan menyediakan wad ini untuk keselesaan anggota,” katanya dalam satu kenyataan ketika menyampaikan ucapan semasa Lawatan Ketua Polis Negara dan Taklimat Wad PDRM @ HCTM, di sini hari ini.

Delegasi PDRM ke UKM diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Jelas Dr. Mohd Ekhwan lagi, kolaborasi antara PDRM dan UKM sudah lama terjalin melalui penawaran program diploma untuk pegawai kanan PDRM.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../hctm-bakal-wujudkan-wad...
Sumber: Astro Awani

HCTM bakal wujudkan wad PDRM, dijangka siap 2023
ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2022 12.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM