Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 2 Pegawai Polis Bantu Mcmc Tangani Isu Sensitiviti 3r

Published: 04 Apr 2023 3.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
MCMC dalam kenyataannya semalam, berkata perkara itu dipersetujui menerusi satu pertemuan di antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-2-pegawai-polis-bantu-mcmc-tangani-isu-sensitiviti-3r
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
Kuala Lumpur, 4 April 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan dua pegawainya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkasa tindakan penguatkuasaan berhubung isu di media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R atau race (bangsa), religion (agama) dan royalty (Raja).

MCMC dalam kenyataannya semalam, berkata perkara itu dipersetujui menerusi satu pertemuan di antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, semalam.

Menurut kenyataan itu, pertemuan itu bagi membincangkan keperluan memperkasa tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan 3R.

"Melalui pertemuan ini, dipersetujui supaya dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditempatkan di MCMC bagi memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.

"Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara," katanya.

Sumber: Berita Harian

2 pegawai polis bantu MCMC tangani isu sensitiviti 3R | Berita Harian
ArticlePublished 04 Apr 2023 3.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM