
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Mpob
Kuala Lumpur, 4 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Lemba...
Kuala Lumpur, 4 April 2023 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman di sini.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tadi ialah Pengarah Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan MPOB, Puan Iptisam Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Dato’ Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Bukit Aman, DCP Dato’ Rusdi Mohd Isa, ACP Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan, Ketua Unit Penguatkuasaan MPOB, Puan Nor Hayati Muhammad, Ketua Seksyen Risikan dan Pencegahan MPOB, Encik Muhammad Fadzil Mustapha dan Ketua Wilayah Tengah MPOB, Encik Mohd Fairuz Mohd Hanapiah.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin