Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan 1 571 Pegawai Anggota Polis Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahun Lepas Pengarah Jips

Published: 27 Mar 2022 5.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2022 - Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-1-571-pegawai-anggota-polis-dikenakan-tindakan-tatatertib-tahun-lepas-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac 2022 - Seramai 1,571 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad.

Beliau berkata antara kesalahan integriti yang dilakukan adalah tidak mengisytiharkan harta, mengunjungi pusat hiburan, berkahwin tanpa kebenaran, enggan menerima laporan dan meminta imbuhan.

Dato’ Sri Azri berkata, mereka yang terlibat dengan kesalahan integriti disiasat di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Selain itu, terdapat juga 23 pegawai dan anggota polis direkodkan terlibat kesalahan jenayah, rasuah (18), dadah (84) dan syariah (48).

“Oleh itu, bagi memperkasakan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami akan memberi fokus kepada enam elemen pada tahun ini iaitu memperkasakan tadbir urus/kepolisan, pengurusan aduan, risikan/operasi, siasatan, pematuhan serta agama dan kaunseling,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 27 Mar 2022 5.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM