Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dsa Natsec Asia 2022 Kpn Iringi Menhan Dan Mdn Lawat Tapak Pameran

Diterbitkan: 27 Mar 2022 7.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 27 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi mengiringi Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin melawat lokasi Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2022-kpn-iringi-menhan-dan-mdn-lawat-tapak-pameran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Kuala Lumpur, 27 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi mengiringi Menteri Kanan Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin melawat lokasi Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) serta Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Turut bersama-sama hadir tadi ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Affendi Buang TUDM, Timbalan MDN I, Dato’ Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan.

DSA dan NATSEC yang bakal membuka tirainya esok sehingga 31 Mac depan dijangka membuka lebih 1,000 ruang pameran dari 60 negara di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam acara tahun ini.

Polis Diraja Malaysia menerusi JLog, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik turut tidak ketinggalan menghangatkan acara tersebut dengan mempamerkan pelbagai aset seperti senjata terkini, dron serta membuka kaunter semakan saman trafik.
Turut diadakan tadi selepas selesai melawat lokasi ialah sidang media di antara MENHAN dengan MDN yang bertempat di ruang pameran Kementerian Pertahananan Malaysia.

Untuk makluman lanjut berkaitan Pameran DSA dan NATSEC 2022, boleh layari di pautan berikut, https://www.dsaexhibition.com/

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

 


May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people and people standing

May be an image of 5 people, indoor and text that says '10120 SHAH POLIS POLIS'

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text that says 'POLIS'

May be an image of ‎7 people, people standing, indoor and ‎text that says '‎DN COA ثيه KEMENTERIAN DALAM NEGERI MINISTRY OF HOME AFFAIRS‎'

May be an image of 2 people, people standing and indoor

ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2022 7.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM