Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Arak Dan Pelbagai Jenis Mercun Bunga Api Bernilai Rm20 000

Published: 18 Jun 2014 7.38 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sitiawan, 9 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Kg. Acheh membuat rampasan pelbagai jenis arak tidak bercukai, mercun dan bunga api dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Segari, semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/arak-dan-pelbagai-jenis-mercun-bunga-api-bernilai-rm20-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:22 MYT

Sitiawan, 9 Jan - Pasukan Polis Marin (PPM) Kg. Acheh membuat rampasan pelbagai jenis arak tidak bercukai, mercun dan bunga api dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Segari, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh DSP Shaari bin Ariffin berkata jumlah rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM20,000.

"Operasi dijalankan pada pukul 5.45 petang itu turut menahan seorang lelaki berumur 61 tahun yang dipercayai pemilik premis berkenaan," katanya.

Shaari berkata suspek dan kesemua hasil rampasan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Kg. Acheh untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957.

Arak Dan Pelbagai Jenis Mercun Bunga Api Bernilai Rm20 000
Sumber : HEA Cawangan Marin Perak

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.38 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM