Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Aplikasi Community Alert Terbukti Efektif

Published: 17 Jun 2014 4.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Penggunaan aplikasi Community Alert di dalam telefon pintar terbukti berkesan mengurangkan kadar jenayah di negeri Johor. Menurut Datuk Ismail Yatim Timbalan Ketua Polis Johor, indeks jenayah neger..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aplikasi-community-alert-terbukti-efektif
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT
APLIKASI COMMUNITY ALERT TERBUKTI EFEKTIF
 
>
Penggunaan aplikasi Community Alert di dalam telefon pintar terbukti berkesan mengurangkan kadar jenayah di negeri Johor.

Menurut Datuk Ismail Yatim Timbalan Ketua Polis Johor, indeks jenayah negeri tersebut menurun sebanyak 7 peratus dalam tempoh 4 bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Lebih 2,000 pengguna telefon pintar di negeri itu telah memuat turun aplikasi berkenaan dan mereka boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan mudah, hanya dengan menekan butang yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Beliau berharap lebih ramai pengguna telefon pintar memuat turun aplikasi berkenaan bagi membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah di negeri Johor.

Sumber: New Straits Times

Aplikasi Community Alert Terbukti Efektif
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM