Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Ditahan Bersama Barangan Samun Bernilai Rm10 000

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tuaran, 28 Mei - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pecah rumah dan merampas pelbagai barangan samun bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah kampung di sini, pada tengah malam ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-bersama-barangan-samun-bernilai-rm10-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:17 MYT
Tuaran, 28 Mei - Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan pecah rumah dan merampas pelbagai barangan samun bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah kampung di sini, pada tengah malam Selasa lepas. 

Ketua Polis Daerah Tuaran Abdul Fuad Abdul Malek berkata hasil maklumat orang ramai polis menahan suspek yang dipercayai penagih dadah berumur 31 tahun pada 12.30 tengah malam serta menemui lima bungkus syabu seberat 0.6 gram.

"Suspek seorang penganggur yang mempunyai rekod jenayah sejak 2005, bergiat aktif sejak tahun lepas melibatkan jenayah pecah rumah di sekitar Tuaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran di sini hari ini.

Abdul Fuad berkata antara barangan yang ditemui adalah komputer riba yang telah diubah suai, barangan kemas, jam tangan, pisau, resit gadaian emas, televisyen dan peralatan pecah rumah.

Beliau berkata polis sebelum ini menangkap tiga anggota kumpulan berkenaan dan masih memburu saki-baki kumpulan itu.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai terutamanya pengguna jalan raya agar tidak mengambil minuman yang memabukkan bagi mengelak kejadian tidak diingini sempena menyambut Pesta Kaamatan pada hujung minggu ini.

BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM