Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Anggota Rela Turut Ditugaskan Ronda Lorong Tikus Di Sempadan

Diterbitkan: 06 May 2015 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 5 Mei - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan ditugaskan bersama anggota polis untuk meronda beberapa lokasi dikenal pasti menjadi 'lorong tikus' di sempadan Malaysia-Thailand.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-rela-turut-ditugaskan-ronda-lorong-tikus-di-sempadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT


Alor Setar, 5 Mei - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan ditugaskan bersama anggota polis untuk meronda beberapa lokasi dikenal pasti menjadi 'lorong tikus' di sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah Dato’ Zamri Yahya berkata rondaan bersama itu akan memantapkan lagi tahap kawalan sempadan agar tidak dibolosi oleh mereka yang cuba menyelinap masuk ke negara ini.

"Anggota RELA juga akan ditugaskan untuk melakukan sekatan jalan raya di pintu masuk utama sempadan negara seperti di Bukit Kayu Hitam," katanya pada Kempen Derma Darah sempena Hari Polis Ke-208 di sini hari ini.

Anggota RELA bagaimanapun tidak akan terlibat dalam operasi khas membanteras penyeludupan manusia kerana pasukan polis memiliki dua pasukan khas.

Pasukan khas terbabit kata Zamri adalah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Zamri berkata pasukan khas STAFOC dan STING berjaya menangkap beberapa tekong dan dalang penyeludupan manusia di sempadan negara menerusi operasi yang dijalankan.

Polis Kedah turut bekerjasama dengan polis Thailand dalam mengenal pasti rangkaian sindiket penyeludupan manusia.

Sementara itu ditanya mengenai aktiviti keluar masuk militan IS terdiri daripada rakyat tempatan, menurutnya, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang pengerakan keluar masuk militan IS menerusi sempadan Malaysia-Thailand.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 06 May 2015 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM