Article
Anggota Polis Maut Dilanggar Ketika Meronda
Kluang, 14 November - Seorang anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan tugas rondaan bermotosikal cegah jenayah maut selepas terbabit dalam kem...
Kluang, 14 November - Seorang anggota polis berpangkat konstabel yang sedang melakukan tugas rondaan bermotosikal cegah jenayah maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 74, Jalan Yong Peng-Kluang di sini semalam.
Dalam insiden kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Muhammad Azri Ahmad, 24, yang bertugas di Balai Polis Kluang Baru maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Roze Shaari berkata, ketika kejadian, mangsa mengekori rakan setugasnya di mana kedua-dua mereka sedang menghala ke persimpangan lampu isyarat Jalan Mersing
"Kenderaan yang melanggar mangsa dipercayai kereta jenis Proton berwarna merah berdasarkan serpihan ditemui di tempat kejadian.

Sumber: Kosmo