Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Anggota Geng Zul Ditahan Kes Samun Selesai

Published: 08 Aug 2015 4.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kumpulan samun yang dikenali sebagai 'Geng Zul' yang didalangi seorang individu berusia 24 tahun lumpuh apabila Sembilan anggotanya diberkas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/anggota-geng-zul-ditahan-kes-samun-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:34 MYT

Alor Setar, 9 Ogos - Kumpulan samun yang dikenali sebagai 'Geng Zul' yang didalangi seorang individu berusia 24 tahun lumpuh apabila Sembilan anggotanya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata mereka yang berusia antara 18 hingga 34 tahun ditahan dalam 'Ops Lejang' bermula 30 Julai hingga 4 Ogos lepas.

"Dengan penahanan mereka, pihak polis telah menyelesaikan 12 kes jenayah membabitkan pecah rumah, curi kenderaan dan samun jalanan di sekitar Kota Setar dan Jitra," katanya.

Beliau berkata lima suspek termasuk ketua kumpulannya ditahan pada 30 Julai di Taman Wira Mergong sebelum menahan empat lagi suspek di sekitar sini dalam tempoh empat hari kemudian.

Adzaman berkata pihak polis menemui semula tiga buah kereta dan dua buah motosikal yang dilapor dicuri sebelum ini dan digunakan untuk menyamun.

BERNAMA

ArticlePublished 08 Aug 2015 4.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM