
Article
Amanat Timbalan Kpn Integriti Dan Profesionalisme Teras Kecemerlangan Cawangan Khas
Kuching, 9 Julai 2026 – "Kekalkan profesionalisme, perkukuh integriti dan sentiasa proaktif dalam mengenal pasti serta menangani ancaman keselamatan negara." D...
Kuching, 9 Julai 2026 – "Kekalkan profesionalisme, perkukuh integriti dan sentiasa proaktif dalam mengenal pasti serta menangani ancaman keselamatan negara."
Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada warga Cawangan Khas Kontinjen Sarawak sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.
Demikian antara amanat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kepada warga Cawangan Khas Kontinjen Sarawak sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini.
Dalam amanatnya, beliau menegaskan bahawa Cawangan Khas merupakan tunjang utama fungsi risikan Polis Diraja Malaysia yang memainkan peranan penting dalam memelihara keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara.
Justeru, setiap warga Cawangan Khas diseru untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh profesionalisme, berintegriti dan proaktif dalam mengenal pasti serta menangani sebarang ancaman keselamatan.
Beliau turut mengingatkan agar keupayaan risikan terus diperkasakan melalui pemanfaatan teknologi dan analisis moden, di samping sentiasa menjunjung tinggi nilai integriti, akauntabiliti dan kerahsiaan serta menjauhi sebarang bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa atau perlakuan yang boleh menjejaskan imej Pasukan.
Mengakhiri amanat, Tan Sri Ayob Khan menyeru seluruh warga Cawangan Khas agar terus menghayati nilai amanah, kesetiaan, tanggungjawab dan profesionalisme, selain meningkatkan kompetensi secara berterusan demi memastikan Cawangan Khas kekal relevan, berwibawa dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan yang semakin dinamik.
Lawatan kerja tersebut turut merangkumi sesi kunjungan hormat ke atas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak di Bilik Tetamu Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Jurugambar: PDRM RMP TV




