Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
Langkawi, 15 Jun 2012 -
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), disarankan agar sentiasa
mengamalkan amalan konsep '4P' dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan
kepada semua peringkat komuniti.
"Konsep
4P tersebut diyakini dapat merasionalisasi perkhidmatan pasukan polis
bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Bukan sahaja kepada komuniti awam, malahan kepada semua peringkat
pegawai, anggota dan pegawai awam dalam PDRM".
"Selain
itu, amalan 4P juga bertujuan memastikan transformasi kepimpinan dalam
penyampaian perkhidmatan berupaya menyeimbangkan kepentingan masyarakat
dan integriti pasukan polis".
"Ia
juga untuk memperkasakan modal insan dalam pasukan bagi menyampaikan
perkhidmatan yang responsif kepada kehendak komuniti dalam sebuah negara
yang majmuk ini."
Demikian
kata DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia
(SUPM), ketika berucap di Majlis Penutup Kursus Asas Perhubungan Awam
Siri 1/2012, di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL),
Langkawi.
Kursus
yang dianjurkan oleh Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam),
Bukit Aman itu melibatkan 25 orang Ketua Polis Balai dari kontinjen
Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kursus diadakan pada 12 - 15 Jun
2012.
ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), ACP Mohd Roze Shaari, ACP Pentadbiran
2 Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Supt. Abd. Latif Yusuf, Komandan
PULAPOL Langkawi dan DSP Tang Chai Hak, Timbalan Komandan PULAPOL
Langkawi , turut hadir di majlis itu.
PENUTUP
KURSUS.. (dari kiri) ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Pen. Ketua Urus Setia
KPN (Perhubungan Awam), YDH DCP Hj. Ghazali Hj. Md. Amin dan Supt. Abd
Latif Yusuf, Komandan PULAPOL Langkawi..
YDH DCP Hj. Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada Insp. Vised a/l Chai Tong, Ketua Balai Polis Sg. Senam, Ipoh, Perak.
YDH DCP Hj. Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada S/Insp. Shawal Hj. Shaari, Ketua Balai Polis Mata Ayer, Perlis.
Sebahagian daripada pegawai yang menghadiri Kursus Asas Perhubungan Awam Siri 1/2012 di Mes Pegawai Kanan PULAPOL, Langkawi.
Peserta kursus asyik mendengar ceramah yang disampaikan.
BERBINCANG.. peserta sentiasa berbincang bagi menghasilkan kualiti kertas kerja yang bermutu tinggi.
Sebahgian
daripada Urus Setia Kursus Asas Perhubungan Awam 1/2012 yang
bertanggungjawab memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar dan
jayanya.
BERGAMBAR
KENANGAN.. Para pegawai dan anggota bergambar kenangan bersama DCP
Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin (SUPM) di akhir majlis.
Teks : S/Insp. Megat Nizar