
Artikel
Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Asp Azrini Azrin Abu Bakar
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menz...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham ASP Azrini @ Azrin Abu Bakar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Jalan Lintas Metrotown Kota Kinabalu, Sabah, awal pagi tadi.
Allahyarham merupakan Ketua Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak, Sabah dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 20 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham ASP Azrini dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.