
Artikel
Artikel Pilihan Perisik Esscom Gagalkan Aktiviti Abu Sayyaf
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 - Operasi khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menggagal serta melumpuhkan tujuh aktiviti kumpulan A...
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 - Operasi khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menggagal serta melumpuhkan tujuh aktiviti kumpulan Abu Sayyaf (ASG) sepanjang tahun lalu dan tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata, empat aktiviti yang berjaya digagalkan itu adalah pada tahun lalu, manakala tiga lagi aktiviti yang dilumpuhkan pada tahun ini.
Katanya, kejayaan mengekang ancaman ASG itu adalah hasil penggunaan kaedah perisikan manusia (human intelligence) yang menjadi antara aspek penting yang dititikberatkan ESSCOM bagi mengekalkan tahap pengoperasian yang tinggi.
"Kaedah ini menekankan pengumpulan maklumat daripada individu atau kumpulan sasaran tertentu melalui libat urus agensi dengan individu, kumpulan atau komuniti.
"Kaedah interaksi sosial yang dilaksanakan sekarang memberi impak positif dengan perubahan persepsi masyarakat bahawa kerajaan sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan nyawa dan harta benda rakyat di kawasan terbabit.
"Saya juga ucap ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan kumpulan komuniti tertentu yang sentiasa memberi maklumat sekiranya ada ancaman pencerobohan ke dalam negara," katanya.
Sumber: Berita Harian