Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat

Published: 12 Jun 2014 1.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis menggabungkan keluarga kedua-dua pasukan penjaga keamanan negara seumpama ini adalah jarang sekali diadakan dan kolaborasi ini juga diharapkan akan menjadi satu wahana yang akan merapatkan lagi..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/aktiviti-menarik-gabungkan-perkep-bakat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:22 MYT

Kuala Lumpur, 15 Mei - "Kami (PERKEP) akan mencari ruang masa yang sesuai untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai bersama-sama dengan BAKAT dan saya yakin BAKAT akan sentiasa sudi menerima undangan kami untuk berkolaborasi dalam program-program yang sesuai selepas ini kerana sudah pastinya hubungan seperti 'adik-beradik' yang sedia terjalin ini merupakan bukti kemesraan kita selama ini," ujar Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia dalam ucapannya sempena Majlis Ramah Mesra Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Bersama Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH, hari ini.

Hadir menyerikan majlis pada hari ini, Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang, Pengerusi BAKAT, Y.Bhg Datin Sri Imran binti Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP, Pengerusi-pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Laut dan Udara, Pengerusi-pengerusi PERKEP Jabatan-jabatan PDRM, Barisan Ahli Jawatankuasa BAKAT dan PERKEP dan tetamu-tetamu jemputan.

Majlis menggabungkan keluarga kedua-dua pasukan penjaga keamanan negara seumpama ini adalah jarang sekali diadakan dan kolaborasi ini juga diharapkan akan menjadi satu wahana yang akan merapatkan lagi hubungan silatulrahim yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua persatuan ini.

Majlis seperti ini juga dapat memberi peluang kepada ahli-ahli BAKAT dan PERKEP untuk berinteraksi di antara satu sama lain, sambil bertukar-tukar pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi memajukan lagi persatuan masing-masing di masa akan datang.
Ini secara tidak langsung mampu memberikan impak yang positif demi kesejahteraan kedua-dua persatuan yang memiliki misi, visi dan objektif yang hampir sama dan sekaligus kualiti 3C dapat dipertingkatkan agar semua ahli mendapat manfaat yang berterusan daripadanya.


Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi PERKEP menandatangani buku pelawat.
 
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Ketibaan dalam Dewan Seroja.

Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Upacara pembukaan majlis.

Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Ucapan aluan oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang, Pengerusi BAKAT. 

Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Ucapan daripada Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati bt Md Sobri, Pengerusi PERKEP. 

Y.Bhg Puan Sri Hjh Suriati bt Md Sobri, Pengerusi PERKEP bertukar cenderahati bersama Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang, Pengerusi BAKAT.
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat

Antara yang hadir
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat

Aktiviti Menarik Gabungkan Perkep Bakat
Bergambar kenangan.






Jurugambar & wartawan   : L/Kpl Raymond

ArticlePublished 12 Jun 2014 1.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM