Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Akauntan Penghantar Dadah Ditahan Polis

Diterbitkan: 24 Jul 2015 4.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Gara-gara dibebani hutang, seorang akauntan mengambil jalan mudah menghantar dadah sebagai jalan keluar daripada kekangan hidup.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/akauntan-penghantar-dadah-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:37 MYT

Kuala Lumpur, 22 Julai - Gara-gara dibebani hutang, seorang akauntan mengambil jalan mudah menghantar dadah sebagai jalan keluar daripada kekangan hidup.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata polis berjaya menahan suspek lelaki berusia 29 tahun di sebuah kedai makan di Setapak pada pukul 1 pagi tadi.

Beliau berkata seramai lima anggota polis menangkap suspek di tempat letak kereta pelawat berhampiran sebuah kedai makan di situ.

"Pada mulanya kami membuat pemeriksaan pada badan suspek namun gagal menemui apa-apa barang yang disyaki.

"Lantaran itu, polis menyoal siasat suspek sehingga mengaku ada menyimpan barang terbabit di dalam keretanya," kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hasil siasatan membawa kepada penemuan sebuah beg plastik berisi empat bungkusan plastik yang disimpan di ruang antara tempat duduk penumpang dan pemandu dalam kereta suspek.

Beliau berkata bungkusan itu terdiri daripada tiga paket pil ecstasy seberat 55.2 gram dan satu paket dadah jenis ketamine seberat 4.66 gram.

"Nilai rampasan barang kes dianggarkan berjumlah RM5,000 dan daripada ujian air kencing polis juga mendapati bahawa suspek positif bagi dadah terlarang," katanya

Mohamad Roy berkata suspek yang berasal dari Subang Jaya itu dipercayai mula aktif mengedar dadah sebulan lepas.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 12(2) akta sama kerana positif dadah dengan tuduhan di bawah seksyen 39B boleh membawa kepada hukuman mati mandatori. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 24 Jul 2015 4.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM