Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ahli Sindiket Dadah Berjaya Diberkas Selepas Dikejar Polis Lebih 10km

Published: 02 Nov 2016 1.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Seorang lelaki warga tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah berjaya diberkas polis selepas dikejar lebih 10 kilometer (km) dalam satu kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang di Kuala Lumpur, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ahli-sindiket-dadah-berjaya-diberkas-selepas-dikejar-polis-lebih-10km
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:26 MYT

Seorang lelaki warga tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah berjaya diberkas polis selepas dikejar lebih 10 kilometer (km) dalam satu kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, pasukan unit kereta peronda polis bertindak mengejar kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dlnaiki dua suspek setelah mereka enggan memberhentikan kenderaan ketika ditahan di Batu 3, Jalan Ipoh kira-kira pukul 2.20 petang.

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta suspek dan berjaya menyebabkan suspek memberhentikan kenderaanya sebelum salah seorang daripada suspek itu berjaya meloloskan diri dan kini sedang diburu hebat oleh pihak polis Kuala Lumpur.

Sumber: Kosmo

Ahli Sindiket Dadah Berjaya Diberkas Selepas Dikejar Polis Lebih 10km
ArticlePublished 02 Nov 2016 1.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM