Artikel
Pdrm Realisasikan Galeri Ketua Polis Negara
Galeri Ketua Polis Negara ini merupakan satu bentuk penghargaan, kenangan dan penghormatan di atas segala sumbang bakti yang telah dicurahkan oleh kesemua Ketu...
Kuala Lumpur, 5 Sept 2016 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mewujudkan satu galeri khas yang dikenali sebagai Galeri Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Ditempatkan di Bangunan PWD 68 yang juga merupakan sebuah bangunan bersejarah yang dibina seawal abad ke-19, Galeri Ketua Polis Negara ini merupakan satu bentuk penghargaan, kenangan dan penghormatan di atas segala sumbang bakti yang telah dicurahkan oleh kesemua Ketua Polis Negara sepanjang tempoh berkhidmat dalam pasukan.
Penubuhan galeri ini akan menyingkap seribu satu kenangan nostalgia, pengetahuan dan inspirasi yang amat tinggi nilainya bukan sahaja kepada warga pucuk pimpinan tertinggi pasukan, malahan kepada waris-waris kepada Ketua-ketua Polis Negara terdahulu, serta generasi pelapis PDRM yang masih berkhidmat dalam pasukan.
Konsep penggunaan setiap ruangan galeri ini menggambarkan secara jelas akan identiti, keunggulan, kecemerlangan, corak pentadbiran serta transformasi yang ditonjolkan oleh kesemua Ketua-Ketua Polis Negara pada era kepimpinan masing-masing.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Galeri Ketua Polis Negara sebentar tadi berkata, ia adalah peluang terbaik bagi setiap lapisan warga PDRM secara relevannya melihat, memahami dan menghayati dengan jelasnya ‘aura’ kepimpinan pucuk kepimpinan tertinggi PDRM yang merentasi peredaran zaman tapi tidak luput dari lipatan sejarah dunia kepolisan negara.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh bekas-bekas Ketua Polis Negara antaranya Tun Mohammed Hanif Omar, Tan Sri Dato’ Seri Norian Mai, Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, Pengarah-pengarah PDRM serta waris-waris dan keluarga Ketua Polis Negara, pegawai-pegawai kanan serta wakil-wakil media.

Bangunan PWD 68 yang juga merupakan sebuah bangunan bersejarah yang dibina seawal abad ke-19 dan masih kukuh berdiri di dalam kawasan Bukit Aman kini dikenali sebagai Galeri Ketua Polis Negara...

Ketibaan keluarga serta waris bekas Ketua Polis Negara..

Ketibaan Pengarah Pengurusan PDRM, Dato' Sri Zulkifli Abdullah...

Ketibaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar bersama isteri...

Ketibaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Norian Mai...

Ketibaan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar bersama isteri...

Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim..

bacaan deklamasi sajak...

Ucapan daripada Dato' Sri Zulkifli Abdullah, Pengarah Pengurusan PDRM..

ucapan perasmian daripada Ketua Polis Negara..

Upacara simbolik memotong reben perasmian Galeri Ketua Polis Negara Oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama bekas-bekas Ketua Polis Negara...

Upacara menandatangani plak Galeri Ketua Polis Negara Oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..

Sesi bergambar kenangan...

Sesi bergambar kenangan...

sekitar lawatan di Galeri Ketua Polis Negara..