Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ahli Kelab Pencegahan Jenayah Smk Bandar Baru Bangi Lawat Bukit Aman

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bukit Aman - 29 April 2010. Diketuai oleh Ustaz Mansor Saman dan dibantu Cikgu Raja Noor Azma Raja Ahmad, seramai 40 orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah dan Kadet Polis Sekolah, Sekolah Menengah Keban..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ahli-kelab-pencegahan-jenayah-smk-bandar-baru-bangi-lawat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:42 MYT

Bukit Aman - 29 April 2010. Diketuai oleh Ustaz Mansor Saman dan dibantu Cikgu Raja Noor Azma Raja Ahmad, seramai 40 orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah dan Kadet Polis Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor telah melakukan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

 

Ketibaan rombongan, disambut oleh Sub. Inspektor Ismail Md. Zin, dan dibawa ke Auditorium PDRM, untuk sesi taklimat.

 

Taklimat bertajuk Kerjaya Kepolisan Bersama Polis Diraja Malaysia dan Bersama Mencegah Jenayah, itu disampaikan oleh Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam, PDRM.

 

Menurut Ustaz Mansor, tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pelajar tentang tugas dan tanggungjawab polis.

 

"Kami amat teruja dan berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan oleh Supt. Rasdi Ramli yang secara jelas memberitahu fungsi dan peranan setiap jabatan yang terdapat dalam PDRM untuk menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat negara ini", ujar Ustaz Mansor ketika ditemui setelah selesai sesi taklimat.

 

"Taklimat yang diberi turut membuka minda para pelajar gambaran sebenar tentang kerjaya kepolisan yang penuh dengan cabaran", ujar Ustaz Mansor yang amat berpuas hati misi lawatan yang dianjurkan itu.

 

Para pelajar seterusnya dibawa melawat ke Pusat Kawalan Keselamatan, Lapang Sasar, Lokap dan Gimnasium PDRM.

Ahli Kelab Pencegahan Jenayah Smk Bandar Baru Bangi Lawat Bukit Aman
Ahli Pasukan Kadet Polis Sekolah, SMK Bandar Baru Bangi, bersama Supt Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM

Ahli Kelab Pencegahan Jenayah Smk Bandar Baru Bangi Lawat Bukit Aman
Setelah sesi taklimat, para guru dan pelajar SMK Bandar Baru Bangi, bergambar kenangan bersama Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM