Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Agensi Keselamatan Sempadan Lebih Menyeluruh Akan Ditubuh Pdrm

Published: 01 Mar 2016 10.47 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Tumpat, 1 Mac- Sebuah agensi keselamatan sempadan yang lebih menyeluruh akan ditubuhkan bagi menyelaras penguatkuasaan isu berkaitan sempadan negara, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteramam Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/agensi-keselamatan-sempadan-lebih-menyeluruh-akan-ditubuh-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT

Tumpat, 1 Mac- Sebuah agensi keselamatan sempadan yang lebih menyeluruh akan ditubuhkan bagi menyelaras penguatkuasaan isu berkaitan sempadan negara, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteramam Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Muhammad Fuad berkata agensi berkenaan akan menggabungkan peranan semua agensi penguatkuasa di sempadan dan akan diketuai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Beberapa bengkel dan perbincangan sedang giat diadakan antara 17 agensi berkaitan bagi menentukan format dan cara yang lebih berkesan untuk menangani isu di sempadan terutama di Kedah dan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan tiga bot Amphibious Sealegs kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Timur di Markas PPM Pengkalan Kubor di sini.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman SAC Abdul Rahim Abdullah.

Muhammad Fuad berkata penubuhan agensi itu akan diumumkan dalam masa terdekat selepas kaedah pencegahan dan persetujuan bersama-sama agensi berkenaan dicapai.

Beliau berkata kerjasama baik dengan pihak berkuasa Thailand akan terus dititikberatkan bagi membendung aktiviti yang menyalahi undang-undang di sempadan kedua-dua negara.

Mengenai tiga bot Amphibious Sealegs yang bernilai RM2.4 juta itu, Muhammad Fuad berkata ia bagi memudahkan operasi pengurusan bencana terutama banjir di pantai timur.

"Bot dengan kelajuan 40 knot buatan New Zealand ini telah diubah suai untuk kegunaan menyelamat di negara kita. Ia amat sesuai untuk menyelamat dan menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir kerana mampu bergerak di air dan darat," katanya.- BERNAMA

ArticlePublished 01 Mar 2016 10.47 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM