Article
African Scam Catat Kerugian Hampir Rm200 Juta
Kuala Lumpur, 20 Jan – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah menerima 1,521 laporan polis berkenaan kes penipuan African Scam yang melibatkan kerugian...
Kuala Lumpur, 20 Jan – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah menerima 1,521 laporan polis berkenaan kes penipuan African Scam yang melibatkan kerugian hampir RM200 juta pada tahun lalu dan jumlah ini meningkat daripada tahun 2014 yang mencatatkan 1,028 laporan diterima dan jumlah kerugian sebanyak lebih RM50 ribu.
“Satu operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Tiong’ telah dilancarkan pada 5 Januari lalu dan operasi ini akan berterusan selagi kegiatan ini tidak dapat dikurangkan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato Sri’ Mortadza Nazarene dalam sidang media pada petang tadi.
“Dalam perkembangan terbaru, seramai 11 orang warga Afrika dan dua wanita tempatan telah ditangkap di Puchong dan Cyberjaya dalam satu kes penipuan melibatkan penghantaran hadiah atau parcel melalui khidmat kurier,” katanya lagi.
Menurut beliau lagi, sebanyak 26 kes African Scam telah dapat diselesaikan dan nilai kerugian yang dapat diselamatkan sebanyak RM963,310 dan beliau percaya masih ramai lagi mangsa yang belum membuat laporan polis mengenai penipuan ini kerana berasa malu, takut dan ada di antaranya masih beranggapan hubungan mereka ini adalah hubungan yang sejati.
Dalam sidang media ini juga, turut dibentangkan jumlah nilai kerugian keseluruhan membabitkan pelbagai kes-kes jenayah komersil iaitu sekitar RM2.5 billion merangkumi 19,533 kes yang dilaporkan sepanjang 2015.
Tahun 2015 juga menyaksikan seramai 7,019 individu yang ditangkap melakukan kesalahan yang berkaitan dengan jenayah komersil dimana seramai 1,203 merupakan warga asing.
JSJK juga akan terus komited melaksanakan apa jua aktiviti pembanterasan jenayah terancang serta bersindiket dan memastikan penjenayah tegar tidak terlepas daripada tindakan undang-undang termasuklah akan menggunakan tindakan dibawah undang-undang pencegahan jenayah atau Prevention Of Crime Act (POCA) 1959.

Pengarah JSJK PDRM, CP Dato Sri’ Mortadza Nazarene menunjukkan taktik penipuan African Scam dalam sidang media.

Pengarah JSJK, CP Dato Sri’ Mortadza Nazarene bersama Timbalan Pengarah JSJK, CP Datuk Wira Hj. Hamza Taib menunjukkan antara barang yang dirampas.

Antara saspek yang ditangkap.

Antara ayat-ayat cinta yang memerangkap mangsa.