Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Acp Zakaria Pagan Dilantik Kpd Sentul Kl

Published: 09 Jun 2014 8.17 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kuala Lumpur - 8 Ogos 2008. Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Sentul, Kuala Lumpur di antara SAC II Ahmad Sofian bin Md. Yassin dengan ACP Zakaria bin Pagan telah berlangsung ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/acp-zakaria-pagan-dilantik-kpd-sentul-kl
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT

Kuala Lumpur - 8 Ogos 2008. Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah (KPD) Sentul, Kuala Lumpur di antara SAC II Ahmad Sofian bin Md. Yassin dengan ACP Zakaria bin Pagan telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur.

ACP Zakaria bin Pagan merupakan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Perak dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur menggantikan SAC II Ahmad Sofian bin Md. Yassin yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7B) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Majlis tersebut disaksikan oleh YDH SAC I Dato' Abdul Samah bin Hj. Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Pada majlis yang sama diadakan upacara penyerahan jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Sentul Kuala Lumpur. Penyandang jawatan itu Puan Fatimah bt Dato' Hj. Musa isteri kepada SAC II Ahmad Sofian bin Md. Yassin menyerah jawatan Pengerusi Perkep Daerah Sentul Kuala Lumpur kepada Puan Mariam bt Pilus isteri kepada ACP Zakaria bin Pagan.

Acara itu disaksikan oleh Y.Bhg. Datin Maziah bt Mohamad, Timbalan Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur isteri kepada YDH SAC I Dato Abdul Samah bin Hj. Mat.

Acp Zakaria Pagan Dilantik Kpd Sentul Kl
YDH SAC I Dato' Abdul Samah bin Hj. Mat Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menyematkan pangkat 'ACP' kepada ACP Zakaria bin Pagan yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur.

Acp Zakaria Pagan Dilantik Kpd Sentul Kl
YDH SAC II Ahmad Sofian bin Md. Yassin dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D7B) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada ACP Zakaria bin Pagan yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh SAC I Dato' Abdul Samah bin Hj. Mat Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Acp Zakaria Pagan Dilantik Kpd Sentul Kl
Puan Fatimah bt Dato' Hj. Musa (kiri) menyerahkan jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Daerah Sentul Kuala Lumpur kepada Puan Mariam bt Pilus dengan disaksikan oleh Datin Maziah bt Mohamad Timbalan Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur.

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.17 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM