Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

Published: 11 Jun 2014 2.13 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Malam ini saya berbangga kerana bersama-sama kita hadirnya seorang 'knight' yang diraikan in the person of Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail dan saya yakin bahawa semua akan turut bersetuju dengan sa..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/a-knight-to-remember-datuk-hussin-bin-haji-ismail
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:19 MYT

Petaling Jaya , 15 April 2011 - "Malam ini saya berbangga kerana bersama-sama kita hadirnya seorang 'knight' yang diraikan in the person of Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail dan saya yakin bahawa semua akan turut bersetuju dengan saya bahawa Y.Bhg Datuk Hussin adalah juga merupakan aset yang bernilai kepada Pasukan serta gelaran 'A Knight To Remember' ke atas Y.Bhg Datuk Hussin adalah sungguh bertepatan dengan karisma dan sifatnya sebagai Timbalan saya sejak tahun lepas," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada hari ini.

Berucap semasa Dining Out 'A Knight To Remember' sempena persaraan Y.Bhg Datuk Hussin bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Polis Negara di Hotel One World, Petaling Jaya, beliau menambah, majlis pada hari ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga PDRM kepada Y.Bhg Datuk Hussin atas khidmat bakti, pengorbanan dan kesetiaan serta sumbangan yang telah dicurahkan selama hampir 40 tahun kepada negara dan PDRM.

YDH Ketua Polis Negara turut mengimbas kembali gandingan mantap bersama Y.Bhg Datuk Hussin yang telah memudahkannya memimpin pasukan PDRM bergerak seiring dengan wawasan dan dasar yang telah, sedang dan akan dilaksanakan antaranya Konsep 4P - sebagai salah satu pendekatan kepada PDRM bagi melaksanakan tugas dalam menjaga ketenteraman, keamanan dan keselamatan negara di era globalisasi kini, sejajar dengan Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Dutamakan.

Di akhir ucapannya, beliau mewakili PDRM sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg Datu Hussin atas bakti ada sumbangannya terhadap pasukan selama ini.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini, YDH Pengarah-pengarah PDRM dan isteri, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Ketibaan Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail bersama Datin Nur Habibah binti Hatim

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji IsmailBergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah-Pengarah PDRM

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Dining Out 'A Knight To Remember...

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
dari kanan... YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin bersama YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
dari kanan..YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan bersama YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim.

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Panji Utama Polis Diraja Malaysia diarak masuk ke dalam dewan

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Ucapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Ucapan balas oleh Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Acara memotong kek...Hari Lahir Y.Bhg Datuk Hussin bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Y.Bhg Datin Nur Habibah binti Hatim menyuapkan kek kepada suami tercinta...

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Datuk Hussin

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Y.Bhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan cenderahati...

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Persembahan daripada Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Persembahan tarian daripada Jabatan KDN/KA...

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Tetamu dihiburkan oleh penyanyi antarabangsa, Anita Sarawak...

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Majlis selesai dan disudahi dengan lagu 'Sedia Berkhidmat'


A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail
Hadirin berbaris untuk bersalaman dengan tetamu yang diraikan

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail

A Knight To Remember Datuk Hussin Bin Haji Ismail


Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.13 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM