Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

A Dame To Cherish

Published: 11 Jun 2014 6.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis makan malam 'A Dame To Cherish' sempena persaraan YDH Dato Robiah binti Abdul Ghani sebagai Pengarah Pengurusan PDRM di Hotel Istana Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/a-dame-to-cherish
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:04 MYT

Kuala Lumpur, 1 September 2011 - " ... di dalam pasukan PDRM, saya berani mengatakan bahawa terdapat peluang yang tidak terhad untuk kita memajukan diri sekiranya ada kemahuan. Saya sendiri adalah produk dan manifestasi mereka yang mengambil peluang untuk mempertingkatkan kerjaya mereka", begitulah antara ucapan YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani bagi memberi semangat kepada pegawai-pegawai polis yang lain semasa majlis makan malam "A Dame To Cherish" di Hotel Istana Kuala Lumpur semalam.

Beliau yang telah berkhidmat selama lebih kurang 39 tahun 8 bulan kini bersara dengan jawatan tertinggi sebagai Pengarah Pengurusan PDRM juga telah mengukir sejarah dalam lima kategori sebagai pegawai polis wanita iaitu sebagai Platun Komander, sebagai Ketua Polis, pemegang pangkat Komisioner Polis, sebagai Pengarah Jabatan PDRM, serta Setiausaha Agung PERKEP Malaysia dengan tempoh terpanjang.


"A Dame to Cherish" merupakan acara kemuncak sempena persaraan YDH Dato' Robiah, permata PDRM. Pada sebelah petang telah diadakan Paluan Berundur di PULAPOL KL dan diikuit dengan majlis ini.  Ia telah bermula pada jam 8 malam turut dihadiri oleh ahli keluarga YDH Dato' Robiah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.


Gambar Sepanjang Majlis
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish

Penyerahan Cenderahati
A Dame To Cherish
A Dame To Cherish




Jurugambar    : L/Kpl Aslam & Konst Raymond
Wartawan      : Konst Raymond
ArticlePublished 11 Jun 2014 6.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM