Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 Pusat Hiburan Tawar Gro Diserbu

Published: 18 Jun 2014 6.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Bekonsepkan hutan rimba, sebuah pub saja menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, baru-baru ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-pusat-hiburan-tawar-gro-diserbu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:11 MYT

Bekonsepkan hutan rimba, sebuah pub saja menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam operasi yang diketuai Inspektor Zahirudin Baharum@Baharom bersama sembilan anggotanya memeriksa seramai 28 pelanggan lelaki dan lima pelanggan wanita. Dari jumlah tersebut seramai enam wanita warga Thailand dan dua Vietnam pula ditahan kerana bekerja sebagai GRO.

Turut ditahan seorang pekerja Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang bekerja sebagai pekerja bar dan seorang lelaki tempatan yang juga penjaga premis. Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (1PD) Cheras untuk tindakan lanjut.

9 Pusat Hiburan Tawar Gro Diserbu
Sumber : Keratan Akhbar Harian Metro

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM