Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 Petugas Misi Pengaman Pbb Kembali Ke Tanah Air

Published: 30 Sep 2017 7.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sepang, 30 September 2017 – Seramai sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Darfur, Sudan (UNAMID) selesai menjalankan tugas selama 12 bulan dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-petugas-misi-pengaman-pbb-kembali-ke-tanah-air
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:53 MYT

9 PETUGAS MISI PENGAMAN PBB KEMBALI KE TANAH AIR

Sepang, 30 September 2017 – Seramai sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Misi Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Darfur, Sudan (UNAMID) selesai menjalankan tugas selama 12 bulan dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), di sini hari ini.

Ketua Kontinjen Individual Police Officer’s (IPO’s), DSP Shoppri Saad bersama pegawai dan anggota PDRM telah menjalankan tugas pengaman di negara itu pada 25 September tahun lalu sehingga 29 September tahun ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Dato’ Narenasagaran Thangaveloo selaku wakil pucuk pimpinan PDRM yang menyambut kepulangan kesemua petugas UNAMID itu melahirkan rasa bersyukur dan berbangga di atas segala usaha serta komitmen yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang tempoh berkhidmat di Sudan.

Tambah beliau, kepakaran kesemua petugas dalam memberi khidmat bantuan dan nasihat dalam bidang kepolisan telah berjaya dilaksanakan dengan teratur dan efektif.

"Kesemua ini bukan sahaja mengangkat nama baik dan imej PDRM, tetapi juga maruah dan kredibiliti negara kita," jelas beliau lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran/Belanjawan), ACP Che Zakaria Othman dan KPT Istiadat, Superintendan Mat Sukor Yusof.

Gambar Sekitar Majlis
1

234
ArticlePublished 30 Sep 2017 7.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM