Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 Lelaki Dipercayai Ah Long Diberkas

Published: 18 Jun 2014 8.27 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah memberkas sembilan lelaki cina kelmarin dipercayai terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-lelaki-dipercayai-ah-long-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:48 MYT

Sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah memberkas sembilan lelaki cina kelmarin dipercayai terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.
 
Suspek-suspek terbabit yang datang dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan beroperasi secara persendirian. Dua daripada mereka yang ditahan didapati positif 'meth' selepas ujian saringan awal dijalankan.

Sejumlah 378 keping 'call card', 15 unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM12,561 turut dirampas.

Menurut Superintendan Azizan Md Isa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil IPK Pahang modus operandi kes, suspek mengedarkan 'call card' kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan Genting Highlands untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman wang, gadaian barangan dan wanita.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang Pindaan 2010 jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Superintendan Azizan Md Isa menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam daripada Ah Long bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku. Beliau turut memaklumkan kes melibatkan Ah Long di negeri ini adalah tidak serius dan masih terkawal.

9 Lelaki Dipercayai Ah Long Diberkas
9 Lelaki Dipercayai Ah Long Diberkas
9 Lelaki Dipercayai Ah Long Diberkas

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.27 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM