Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

9 000 Liter Minyak Diesel Subsidi

Published: 18 Jun 2014 9.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 5 Feb – Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 merampas 9,000 liter minyak diesel subsidi dan menahan dua lelaki selepas pemeriksaan ke atas sebuah lori di sebuah stesen minyak di J..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/9-000-liter-minyak-diesel-subsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:26 MYT

Kuantan, 5 Feb – Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 merampas 9,000 liter minyak diesel subsidi dan menahan dua lelaki selepas pemeriksaan ke atas sebuah lori di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Ubi malam tadi.

Komander PPM Wilayah 3 ACP Azmi bin Ibrahim berkata kedua-dua lelaki itu masing-masing pemandu dan kelindan lori ditahan ketika sedang mengisi minyak diesel subsidi dalam kuantiti yang banyak ke dalam tangki yang diubah suai pada lori tersebut.

Suspek bersama barang rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM88,000 diserahkan kepada KPDNKK Kuantan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

9 000 Liter Minyak Diesel Subsidi
Sumber : Pasukan Polis Marin Kuantan Pahang

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM