Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seleweng Minyak Bersubsidi Tidak Tercapai

Diterbitkan: 18 Jun 2014 9.16 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Manjung, 7 Feb - Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan daripada minyak diesel bersubsidi tidak tercapai apabila telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di kawasan Pelabuhan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seleweng-minyak-bersubsidi-tidak-tercapai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:45 MYT

Manjung, 7 Feb - Hasrat seorang lelaki untuk mengaut keuntungan daripada minyak diesel bersubsidi tidak tercapai apabila telah ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh di kawasan Pelabuhan Lumut dekat sini petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Acheh, DSP Shaari bin Arifin berkata semasa menjalankan Op Landai, pasukannya telah menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan pelabuhan berkenaan.

"Setelah diperiksa pasukan kami menjumpai dua tong yang mengandungi 430 liter minyak diesel di bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.

"Kami percaya minyak tersebut merupakan minyak subsidi nelayan yang diseleweng dengan cara menjualkanya kepada orang lain demi mengaut keuntungan," ujarnya lagi.

"Kami telah menahan pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dan turut merampas kenderaan itu," tegas beliau.

Nilai kesemua rampasan termasuk kenderaan pacuan empat roda dianggarkan kira-kira RM 81,581.

Kes akan disiasat oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Manjung di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Cubaan Seleweng Minyak Bersubsidi Tidak Tercapai
Sumber : Pasukan Polis Marin Kampung Acheh Perak

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 9.16 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM