Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

80 Pati Ditahan Di Dua Perkampungan Di Tawau

Published: 18 Jun 2014 6.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Tawau, 18 Dis - Seramai 80 Pendatang Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga lelaki disyaki positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Vietnam dan Kampung Sungai Buaya di sini, awal pagi semalam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/80-pati-ditahan-di-dua-perkampungan-di-tawau
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:07 MYT

Tawau, 18 Dis - Seramai 80 Pendatang Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga lelaki disyaki positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Vietnam dan Kampung Sungai Buaya di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 5.00 pagi, seramai 50 lelaki dan 30 wanita berumur antara 15 hingga 56 tahun ditahan.

"Operasi itu disertai Jabatan Imigresen, sukarelawan polis, polis simpanan dan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB)," katanya.

Beliau berkata dalam operasi itu, pihak SESB turut melakukan tindakan memotong wayar elektrik rumah penduduk yang melakukan penyambungan secara haram.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga harta benda masing-masing dan mengelak menjadi mangsa kehilangan kenderaan yang kerap berlaku di daerah ini.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 6.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM