Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

60 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Pihak Berkuasa

Published: 17 Jun 2014 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Daripada 60 warga asing yang ditahan, 52 daripada mereka adalah lelaki. Sejumlah 28 orang tahanan juga gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang salah. 5 tahanan juga didapati positif dadah dalam ujii..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/60-warga-asing-ditahan-dalam-serbuan-pihak-berkuasa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:05 MYT

Kepong – Sejumlah 60 warga asing ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kondominium Taman Wangsa Permai, Kepong, baru-baru ini.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang turut dibantu oleh Jabatan Imigresen, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Agama Islam itu, beberapa warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen diri yang sah bertindak menyembunyikan diri di bahagian siling, bilik air dan almari pakaian sementara ada di kalangan mereka yang enggan membuka pintu untuk pemeriksaan pihak berkuasa.

Daripada 60 warga asing yang ditahan, 52 daripada mereka adalah lelaki. Sejumlah 28 orang tahanan juga gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang salah. 5 tahanan juga didapati positif dadah dalam ujiian air kencing yang dijalankan.

Turut dirampas 30 buah komputer riba dan 68 buah telefon bimbit dalam serbuan tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil SAC Datuk Rodwan Mohd Yusuf berkata, operasi tersebut telah dibahagikan kepada 20 kumpulan kecil dan serbuan terhadap unit-unit yang dikenalpasti dijalankan secara serentak dengan melibatkan hampir 200 pegawai dan anggota dari jabatan-jabatan yang bekerjasama.

Beliau turut menambah pihak polis mengambil tindakan segera selepas menerima laporan daripada pihak pengurusan kondominium dan penduduk tempatan yang bimbang dengan keselamatan mereka setelah mendapati kelakuan warga asing yang menetap di situ adalah tidak terkawal dan membahayakan.

Antara warga asing yang ditahan berasal dari Nigeria, Amerika Selatan, Filipina, Thailand dan Uganda.

Sumber: Akhbar The Star

60 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Pihak Berkuasa

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM