Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

6 Suspek Kes Pecah Masuk Restoran Berjaya Ditahan

Published: 18 Jun 2014 5.44 AM Updated: 15 Aug 2026 7.37 PM
Shah Alam, 19 Nov – Lima lelaki warga Peru dan seorang perempuan warga Filipina ditahan di tiga lokasi berasingan di negeri Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah r..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-suspek-kes-pecah-masuk-restoran-berjaya-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:28 MYT

Shah Alam, 19 Nov – Lima lelaki warga Peru dan seorang perempuan warga Filipina ditahan di tiga lokasi berasingan di negeri Selangor dan Negeri Sembilan bagi membantu siasatan kes pecah masuk sebuah restoran makanan segera dan melarikan wang kutipan harian dari peti besi restoran tersebut.

Suspek dipercayai menggunakan sejenis gas bagi membuka pintu besi sebelum melarikan wang tunai berjumlah lebih kurang RM27, 800. Dalam kejadian tersebut suspek turut melarikan perakam kamera litar tertutup serta beberapa barangan berharga.

Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato’ Mohd Shukri b. Dahlan dalam sidang media sebentar tadi memberitahu bahawa kesemua mereka yang ditahan mempunyai dokumen perjalanan serta rekod kemasukan dan dipercayai menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah sekitar Lembah Klang sejak sebulan lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.44 AMUpdated 15 Aug 2026 7.37 PM