Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

6 Premis Hiburan Diserbu

Diterbitkan: 13 Oct 2014 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 13 Oktober - Seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan diperiksa dalam Operasi Cantas Khas (Ops Cantas Khas Bloss Sun) awal pagi semalam, bagi mengesan suspek kes letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-premis-hiburan-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:31 MYT
Kuala Lumpur, 13 Oktober - Seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan diperiksa dalam Operasi Cantas Khas (Ops Cantas Khas Bloss Sun) awal pagi semalam, bagi mengesan suspek kes letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.

Operasi mengejut jam 2 pagi itu dikendalikan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman bersama Pasukan Taktikal Khas Jenayah (STAFOC) di enam premis hiburan yang dipercayai menjadi tempat individu terbabit dalam akliviti kongsi gelap bertemu dan berhibur.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata kes itu diyakini dapat diselesaikan dalam masa terdekat susulan penahanan beberapa individu yang berkemungkinan mempunyai maklumat dan terbabit secara tidak langsung.

SAC Dato’ Roslee berkata, polis turut menahan 98 wanita warga China, Vietnam, Thailand dan Uganda dalam operasi berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti maksiat.

6 Premis Hiburan Diserbu
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2014 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM