Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

6 Pengedar Ditahan

Published: 13 Jun 2014 1.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Enam pengedar dadah termasuk seorang wanita ditahan manakala 536.6 gram heroin dan 100 liter ubat batuk dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Negeri Pahang..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/6-pengedar-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:34 MYT

Kuantan - 9 Jun 2009. Enam pengedar dadah termasuk seorang wanita ditahan manakala 536.6 gram heroin dan 100 liter ubat batuk dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Negeri Pahang antara 1 hingga 7 Jun 2009. Heroin dan ubat batuk yang dianggarkan bernilai RM60,000 itu dipercayai untuk diedarkan kepada golongan penagih di sekitar Kuantan, Rompin dan Bentong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Superintenden Yap Toon Khuan berkata, semua suspek berusia antara 22 hingga 39 tahun termasuk wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Menurutnya, dua pengedar berusia 22 dan 25 tahun ditahan bersama 100 liter ubat batuk dan 21.2 gram heroin, hasil serbuan disebuah rumah di batu 28, Kampung Cherating. Sementara tiga suspek berusia 24 hingga 39 tahun termasuk seorang wanita ditahan bersama 28.4 gram heroin dalam satu sekatan jalanraya sempena Ops Bersepadu di Simpang Lakum, Mempaga, Bentong. Hasil ujian air kencing keatas suspek, dua daripada mereka termasuk wanita itu didapati positif dadah heroin dan morfin.

Dalam perkembangan lain, seorang pengedar dadah warga Myanmar berjaya ditahan bersama 487 gram heroin dianggarkan bernilai lebih RM48,000, hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Felda Selancar, Rompin pada 5 Jun lalu. Suspek berusia 32 tahun itu juga didapati tidak memiliki dokumen perjalalan yang sah dan masuk ke negara ini secara haram.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM