Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York

Published: 11 Jun 2014 6.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 58 orang atlet PDRM yang terdiri daripada kalangan pegawai, jurulatih dan atlet akan membawa cabaran PDRM ke kejohanan World Police And Fire Games (WPFG) di New York, Amerika Syarikat pada 26 ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/58-warga-pdrm-galas-cabaran-ke-new-york
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:26 MYT

Bukit Aman, 19 Ogos - Seramai 58 orang atlet PDRM yang terdiri daripada kalangan pegawai, jurulatih dan atlet akan membawa cabaran PDRM ke kejohanan World Police And Fire Games (WPFG) di New York, Amerika Syarikat pada 26 Ogos hingga 5 September 2011 ini.

Berlangsung di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, satu upacara simbolik penyerahan bendera Sang Saka Biru kepada YDH SAC Dato' Jalaluddin bin Abdul Rahman, Ketua Polis Kelantan merangkap Chief-De-Mission Kontinjen PDRM ke WPFG telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM.

YDH DCP Dato' Abdul Rahim dalam ucapannya berkata, majlis ini umpama penyerahan dan pernyataan harapan yang tinggi daripada pucuk pimpinan dan seluruh warga PDRM kepada para atlet, juga akan menjadi peniup semangat serta lambang keteguhan serta perpaduan yang wujud dalam pasukan PDRM.

WPFG merupakan satu temasya sukan dwi-tahunan dan sejarahnya bermula pada tahun 1985 di San Joe, California, Amerika Syarikat dan tahun 1995 menyaksikan penglibatan pertama PDRM di Melbourne, Australia dan sejak itu PDRM sentiasa mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dengan kali terakhirnya pada tahun 2007 di Adelaide, Australia.

Dalam penyertaan pada tahun 2007 tersebut, Kontinjen PDRM telah telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di mana dengan hanya jumlah peserta seramai 97 orang yang menyertai 10 acara sukan, PDRM berjaya memungut sebanyak 30 pingat emas, 20 pingat perak dan 16 pingat gangsa, menjadikan jumlah pungutan keseluruhan sebanyak 66 pingat.

"Ingatlah bahawa, anda semua bukan sahaja membawa bendera Sang Saka Biru untuk dikibarkan, tapi akan turut sama mengibarkan Jalur Gemilang. Berikanlah saingan dan persembahan yang terbaik, yakin kepada diri sendiri, ingat pesanan jurulatih. Jangan mudah mengaku kalah, Insyaallah kejayaan akan mengiringi kita," akhiri beliau dalam ucapannya.

Turut hadir, YDH DCP Dato' Sharifuddin bin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang, YDH SAC Dato Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai APR PDRM.

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Lafaz Ikrar Kejohanan yang diketuai oleh YDH Supt. Syed Zainal Abidin

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mohd. Fakrurazi bin Abdul Ghani, Unit Agama Dan Kaunseling Bukit Aman

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Sang Saka Biru diserahkan kepada YDH SAC Dato' Jalaluddin bin Abdul Rahman, Ketua Polis Kelantan merangkap Chief-De-Mission Kontinjen PDRM

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Ucapan daripada YDH DCP Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Antara atlet yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan WPFG 2011

58 Warga Pdrm Galas Cabaran Ke New York
Sempat beramah mesra dengan salah seorang atlet

Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

Penyunting : Insp. Md Aruwan bin Amilah @ Harun




ArticlePublished 11 Jun 2014 6.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM