Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

54 Bakal Jemaah Haji Peringkat Bukit Aman Dirai

Published: 14 Aug 2015 12.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 13 Ogos – Seramai 54 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Bukit Aman yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini diraikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/54-bakal-jemaah-haji-peringkat-bukit-aman-dirai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:12 MYT
Bukit Aman, 13 Ogos – Seramai 54 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Bukit Aman yang bakal mengerjakan ibadah haji tahun ini diraikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Masjid Bukit Aman, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim selaku pimpinan tertinggi PDRM yang hadir dalam majlis ini turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji yang terpilih.

Antara pegawai kanan polis yang bakal mengerjakan haji tahun ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), DCP Dato' Aishah Mohammad.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Dato’ Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Jamshah Mustapa.

_MG_6633 copy
Ketua Trafik Pasukan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd. Fuad Abdul Latif ketika memberi ucapan.

_MG_6640 copy
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada DCP Dato' Aishah Mohammad.

_MG_6657 copy
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji.

_MG_6648 copy
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim ketika menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji.
ArticlePublished 14 Aug 2015 12.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM