Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

52 Pati Ditahan Dalam Ops Bersepadu Di Kota Tinggi Semalam

Published: 07 May 2016 7.25 AM Updated: 15 Aug 2026 7.27 PM
Johor Baharu, 7 Mei 2016 - Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan hasil operasi bersepadu pihak berkuasa di enam lokasi di kawasan pesisiran pantai dekat Kota Tinggi, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/52-pati-ditahan-dalam-ops-bersepadu-di-kota-tinggi-semalam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:53 MYT
Johor Baharu, 7 Mei 2016 - Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan hasil operasi bersepadu pihak berkuasa di enam lokasi di kawasan pesisiran pantai dekat Kota Tinggi, semalam. 

Operasi itu yang melibatkan pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Imigresen dijalankan bermula dari tengah malam sehingga tengah hari Jumaat di beberapa kawasan termasuk Pantai Mados, Pantai Tanjung Balau, Pantai Ladang Siang dan Pantai Ladang Tembikai Sungai Tengah.  

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata kesemua mereka yang
ditahan itu dipercayai dalam cubaan untuk menyusup keluar atau masuk negara ini melalui jalan yang tidak sah, tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau tinggal lebih masa.

Dalam operasi ini, dua lelaki tempatan yang disyaki sebagai anggota sindiket pemerdagangan manusia turut ditahan ketika sedang membawa PATI ke kawasan berkenaan dengan menggunakan kereta, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Kesemua PATI yang terdiri daripada 38 lelaki dewasa dan 14 wanita serta dua lelaki tempatan yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an," kata Wan Ahmad Najmuddin.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/62 (pindaan 2002)," kata beliau.- BERNAMA 
ArticlePublished 07 May 2016 7.25 AMUpdated 15 Aug 2026 7.27 PM