Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

52 Kaki Judi Dicekup Ketika Leka Berjudi Di Sungai Petani

Published: 17 Jun 2014 4.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sekumpulan kaki judi yang leka bertaruh di sebuah premis di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, lari lintang-pukang apabila premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Pol..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/52-kaki-judi-dicekup-ketika-leka-berjudi-di-sungai-petani
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:02 MYT
SUNGAI PETANI, 5 Jun (Bernama) -- Sekumpulan kaki judi yang leka bertaruh di sebuah premis di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, lari lintang-pukang apabila premis berkenaan diserbu sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam Ops Dadu yang dijalankan semalam.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Kedah ASP Shaari Yaakob berkata dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang itu, seramai 52 kaki judi ditahan untuk siasatan.

"Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM10,108 berserta pelbagai jenis peralatan perjudian," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 kepada pemilik premis atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mereka yang terlibat bermain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.



-- BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM