Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

5000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pdrm

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - 13 Oktober 2009 - Lebih 5000 orang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM),..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/5000-hadir-rumah-terbuka-aidilfitri-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:43 MYT

Kuala Lumpur - 13 Oktober 2009 - Lebih 5,000 orang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, disambut oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan Ketua Polis Negara dan isteri Puan Sri Juriah Dato' Ahmad.

Pada majlis itu Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim PDRM.

Antara yang hadir memeriahkan majlis adalah Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, serta Dato' Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan duta-duta negara asing.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Wira Abu Seman Haji Yusop dan Jelain Anak Mersat.

Pelbagai juadah disediakan untuk para hadirin. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan oleh Kombo dan Ghazal PDRM.

5000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pdrm
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah tiba di  Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PDRM dan disambut oleh YDH Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan Ketua Polis Negara.

5000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pdrm
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah diiringi oleh Puan Sri Juriah Dato' Ahmad.

5000 Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pdrm
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sedang berbual dengan YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM