Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

50 Penagih Ditahan Dalam Ops Tapis Khas Narkotik

Published: 18 Jun 2014 2.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuantan, 11 Okt - Polis menahan 50 suspek penagih termasuk dua wanita menerusi Ops Tapis Khas Narkotik di kawasan Jaya Gading dan Paya Bungor, dekat sini semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/50-penagih-ditahan-dalam-ops-tapis-khas-narkotik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:07 MYT

Kuantan, 11 Okt - Polis menahan 50 suspek penagih termasuk dua wanita menerusi Ops Tapis Khas Narkotik di kawasan Jaya Gading dan Paya Bungor, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata semua suspek yang merupakan warga tempatan dan berusia antara 18 dan 59 tahun terbabit ditahan dalam operasi bermula 4 pagi hingga 6 petang.

"Ada juga yang datang sejauh dari Seri Jaya ke sini bagi mendapatkan bekalan dadah dan dipercayai tempat yang diserbu ini dipanggil sebagai 'Port Betong'," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Aziz berkata dalam serbuan itu polis turut merampas dadah jenis syabu dan heroin, peralatan menghisap dadah dan pelbagai senjata tajam termasuk parang dan pisau.

"Kita percaya mereka telah tiga bulan menjalankan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di sini, namun polis masih menyiasat dari mana sumber bekalan dadah itu diperoleh," katanya.

Katanya kesemua mereka ditahan di lokap Ibu pejabat polis daerah Kuantan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1), 39A(2), 39B, 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

"Kita juga mengalu-alukan maklumat orang awam jika dapat mengesan mana-mana tempat yang dijadikan kawasan penagihan atau pengedaran dadah agar dapat diambil tindakan segera," katanya.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.39 PM