491 Tamat Jalani Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Sarjan
Kuala Kubu Baharu, 12 Mac - Selepas manjalani Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Kadet Sarjan Siri 1/2015 selama sembilan bulan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Kubu Baharu sejak 12 Mac tahun lalu, seramai 491 orang terdiri daripada 387 lelaki dan 104 wanita akan memulakan karier mereka sebagai seorang anggota polis berpangkat Sarjan bermula pada hari ini.
Sebagai menjadi satu tradisi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu upacara Perbarisan Tamat Latihan PLAK Kadet Sarjan Siri 1/2015 telah diadakan di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Kubu Baharu pagi tadi.
Upacara ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara. Turut hadir dalam upacara tersebut adalah Dato ‘ Abdul Samah Mat, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Sofian Md. Makinuddin, Timbalan Pengarah Cawangan Khas (E1), pegawai-pegawai kanan PDRM, warga PULAPOL Kuala Kubu Baharu serta ahli keluarga Kadet Sarjan dan jemputan media.
Gambar sepanjang majlis.