Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Dua Individu Dalam Kes Bunuh Di Hotel Bajet

Diterbitkan: 12 Mar 2016 2.46 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.31 PM
Petaling Jaya, 12 Mac 2016 - Dua indvidu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun di sebuah hotel bajet di Damansara Damai di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-dua-individu-dalam-kes-bunuh-di-hotel-bajet
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:37 MYT
Petaling Jaya, 12 Mac 2016 - Dua indvidu termasuk seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun di sebuah hotel bajet di Damansara Damai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din berkata seorang lelaki berusia 40 tahun dan wanita berusia 30 tahun ditahan di sini hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian 10 malam itu, pekerja hotel menemukan mayat mangsa berusia 39 tahun di bilik hotel itu dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan di bahagian kepala.

Mohd Zaini berkata hasil bedah siasat menunjukkan mangsa, yang berasal dari Semenyih, dekat sini, mati akibat dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala dan terdapat kesan jerut di lehernya.

"Mengikut semakan rekod polis, mangsa mempunyai lapan kes jenayah lampau berhubung penyalahgunaan dadah dan kecurian," katanya. - BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 12 Mar 2016 2.46 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.31 PM