Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

49 Pati Ditahan Dalam Operasi Rumah Penginapan

Published: 01 Feb 2016 8.40 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Kota Kinabalu, 1 Feb - Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga rumah penginapan di sekitar pusat bandar ini, Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/49-pati-ditahan-dalam-operasi-rumah-penginapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:09 MYT


Kota Kinabalu, 1 Feb - Polis menahan 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di tiga rumah penginapan di sekitar pusat bandar ini, Khamis lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil daripada pemeriksaan terhadap 103 individu dalam operasi enam jam bermula 4 pagi di rumah penginapan Sinsuran, Bandaran Berjaya dan Segama di sini.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 19 dan 40 tahun. Semasa operasi, polis turut menahan empat individu yang didapati positif ujian air kencing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kota Kinabalu untuk didokumentasi dan saringan air kencing.

Beliau berkata tumpuan lokasi operasi ialah penempatan yang mempunyai sarang penagih dadah dan berpotensi terlibat dengan kegiatan jenayah.

Menurutnya, operasi yang berakhir pukul 10 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 76 anggota termasuk pelbagai agensi antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara.

- BERNAMA

ArticlePublished 01 Feb 2016 8.40 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM